Assalamualaikum..
Salam Ramadhan yg ke 27..
Lagi 2 hari ramadhan akan berlalu pergi. Rasa belum puas memgutip nikmat Ramadhan. Moga kita semua diberikan usia yang panjang dan kesihatan yang baik untuk bertemu kembali Ramadhan tahun depan.
Dalam entri hari ini.. Kak Glow In The Dark tak nak cerita pasal makeup atau pun henna. Tapi nak cerita pasal menu yang
kak Glow In The Dark sediakan untuk bonda dan ayahanda tercinta ketika berbuka semalam iaitu
Ikan Masak Singgang Mat Gebu Style.
Kak Glow In The Dark mmg suka habis dengan masak singgang ni. Credit to Mat Gebu yerrr...😉😉😉😉
Jadi kepada yang belum merasai Resepi dari Mat Gebu.. Jom kite tengok ape bahan² yang digunakan dalam
Resepi Ikan Singgang Mat Gebu Style..
BAHAN-BAHANNYA
1 ekor ikan tuna@tongkol putih saiz sederhana kerat dan cuci bersih
1 biji tomato belah 6
1 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor'
Air secukupnya
1 kiub ikan bilis (optinal)
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6 biji cili padi merah thai
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 camca teh lada hitam biji
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Tambah asam gelugor dan juga kiub ikan bilis, jika guna.
- Masukkan ikan dan biar mendidih perlahan. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato, kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..
** ni Kak Glow In The Dark copy paste jer dari blog Mat Gebu **

